mari mengarang

Wednesday, November 16, 2005

BENGKEL PENULISAN KREATIF

Hai teman-teman karyawan, sesiapa yang sudi mampir ke blog saya ini, pertama-tamanya saya ucapkan bebanyak terimakasih. Ada satu perkara utama dan aula yang anda semua mesti maklum, iaitu bengkel cerpen kreatif anjugan PEN 2005 yang akan diadakan di Lot F47 (Bilik Bimbingan Al-Quran), Pusat Kaunseling MAINS, Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre, Seremban. pada 20 Nov ini.

Saya katakannya penting adalah kerana begitu banyak ilmu dan pengetahuan terhimpun di sana dan boleh kita kutip untuk menjadi buah-buah fikiran utk kita mencantikkan pengarangan kita. Ilham atau idea mengarang, terpulang kepada kreativiti masing-masing tetapi ilmu serta format mengarang yg betul, itu yang perlu dipelajari. Semua itu ada dilelong di sana. Saya berani menyatakan begitu kerana saya pernah singgah selama 1 hari di program itu pada sesi 2004 yg lepas. Sebuah cerpen saya yang dihentam Puan Nisah di program itu dan saya berusaha memperbetulkannya semula, telah pun terbit di dalam BERITA MINGGU sempena Aidilfitri 2004 yg lalu. Saya berasa bangga kerana buat julung kalinya cerpen saya berjaya bolos di akhbar utama negara itu. Selama ini saya hanya bersedia dan berani bermain dengan majalah-majalah terbitan utk wanita sahaja. Kejayaan itu saya anggap adalah kerana jasa Puan Nisah yang dengan bersungguh-sungguh memberi komen serta tunjukajar yang bernas. Beliau memberitahu saya format yang betul kerana sebelum ini saya hanya menulis mengikut citarasa sendiri serta bakat semula jadi, tanpa ilmu dan pengetahuan. Rupa-rupanya terlalu banyak undang-undang yg wajib kita patuhi untuk memboloskan cerpen kita menempati dada akhbar, tidak seperti mudahnya tersenyum gah di muka surat majalah semata-mata.

Oleh itu, apa lagi kawan-kawan, jom kita ke Seremban minggu ini. Beraya-berayalah juga, ilmu pengetahuan perlu dicari dan dikutip di mana dia terlonggok.

Akhir kata, selamat berjumpa di PEN 2005, Ahad nanti. Bye.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home