mari mengarang

Friday, January 18, 2008

SAYEMBARA MENGARANG NOVEL 50 TAHUN MERDEKA

Keputusan pertandingan MENGARANG NOVEL SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA sudah diumumkan tetapi masih rahsia lagi. 29 Jan. 2008 ini bakal diumumkan keputusan keseluruhan. Rasa2nya siapa yang bakal memenangan tempat pertama? (Cuba teka, siapa yang kena...?)

Penulis2 yang turut menghantar manuskrip pastinya sedang berdebar2 sekarang ni. Tapi walau apa pun keputusannya janganlah hendaknya dipertikainya dikemudian hari. Keputusan juri adalah muktamat dan mereka ini bukan calang2 orang. Pengalaman mereka bukan dalam sehari dua atau sebulan dua mahupun setahun dua. Malah bertahun2.... Jadi, pilihan mereka sudah pastinya tepat. Jangan ada yang menyebut, asyik nama2 yang sama meraih menang besar. Mereka yang berjaya, pastinya sudah bekerja keras untuk menyiapkan sebuah manuskrip yang benar2 mantap sehingga berjaya meyakinkan para sarjana. Dan... keupayaan mereka ini usah dipertikaikan kerana mereka sememangnya layak. Sebaiknya, contohi mereka dan ambil peluang menimba pengetahuan dari mereka ini. Penulis2 hebat ini nampak saja sombong, tapi mereka sebenarnya baik dan tidak kedekot ilmu. PERCAYALAH...

Tuesday, September 11, 2007

BENGKEL DBP

Sudah lama Bengkel Penghayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif berakhir, namun baru detik ini aku berkesempatan mencoret sesuatu untuk rakan2 sebengkel dan pemimpin serta penganjur khasnya. Terima kasih kepada pihak DBP di atas penganjuran bengkel ini. Buat julung kalinya aku mengutip ilmu penulisan dari yang berpengalaman dan berpengetahuan, sebelum ini aku menulis mengikut kreativiti sendiri, tanpa ilmu, tanpa pengetahuan. Terima kasih sekali lagi.

Bengkel bermula pada 10 Ogos 2007 dan berakhir pada petang 12 Ogos 2007. Bertempat di Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur. Semuanya ditanggung pihak DBP. Terima kasih sekali lagi. PEMBIMBING bengkel ini - FAISAL TEHRANI.
DI ANTARA PESERTA YANG HADIR :

Sdr Abd. Razak Adam * Sdr Noor Zaidi Hj Hamad
Sdr Amer Hamzah L. Kadir * Sdri Ramlah Rashid
Sdr Azman Mohamed * Sdr Sallehuddin Ibrahim
Sdri Joliah Johan * Sdr Shadiya Abbas
Sdri Latifah Mohd. Yusof (Anis Ayuni) * Sdri Siti noor maizan Mokhtar
Sdr Md RAsul haron * Sdri Siti Rohayu Md. Suhaimin
Sdr Mohamad Kholid Hamzah * Sdr Wahyu Budiwa Rendra
Sdr Mohd. Fordaus Ismail * Sdri Zaharah Muhammad
Sdri noor Aini Awang * Sdri Zulaila Zakaria
Sdri Noor Saraya Adnan * Sdr Zulkifli Hamisan @Khair
Sdri Noorhaslin Md. Noor *
Sdri Nor Azlinawati Yaacob *
Sdri Nordiana Ab. Jabar *
Sdri Noriah Mohd Sharif *
Sdri Norzailina Nordin
*


Dari mula hingga akhir Saudara Faisal tidak jemu2 menurunkan ilmu dan petua bagaimana selayaknya seorang penulis (sastera). Perbeza antara novel pop (pecisan) dengan novel sastera. Kalau hendak aku huraikan di sini teramatlah panjangnya dan pasti kawan2 bosan kerana bengkel kami berlangsung 3 hari dan selama itulah kami diberi penerangan berkenaan perkara itu. Aku tidak berapa sihat sepanjang bengkel, pun begitu berusaha menumpukan perhatian semaksima mungkin kerana bukan senang mahu menjadi anak murid si Faisal tu. Orangnya ganteng, ilmunya tinggi. Pendek kata sejuk perut ibunya mengandungkannya 9 bulan. Mungkin ibunya bermimpi bulan jatuh ke riba barang kali. (Akak serius Faisal, bukan sindiran). Ramai kawan2 sebengkel bersetuju begitu. Dalam usia semuda beliau, beliau sudah menggenggam dunia sastera. Rasanya tidak ada satu pun yang tercicir dari celah2 jarinya. Wah, hebat benar. Kami peserta bengkel yang rata2nya lebih berusia dari beliau, terpaku berjam2 di kerusi tanpa berasa jemu. Langsung tidak menguap kantuk atau lelah. Terus menongkat mata dik berkesannya ilmu yang ditaburkan beliau. Terima kasih Saudara Faisal.
Ingin rasanya aku berbengkel lagi di lain kali.


Thursday, September 06, 2007

PENULIS DAN PENERBIT (NOVEL)

Baru2 ini (bulan Ogos 07) aku dan Rafishah telah pergi ke syarikat penerbitan tut... (tidak perlu aku war2kan di sini nama syarikatnya). Kami mahu menuntut royalti yang telah ditangguh sekian lama. Setelah lama kami hanya menghubung penerbit melalui telefon dan menghantar memorandam yang ditandatangi beramai2, (penulis teraniaya) tetapi tidak mendapat layanan sepatutnya, akhirnya kami menerjah ke sana.

Selepas hampir setengah jam menunggu, kami berjaya bertemu dengan pengurus yang terlibat. Tut... (juga tidak perlu disebut namanya) sungguh menyedihkan, kami gagal menuntut hak. saya yang hanya memiliki sebuah novel di situ berasa begitu hampa apatah lagi Rafisah(4 novel) Pengurus itu memberitahu alasan, syarikatnya menghadapi masalah kewangan yang teruk. Mulanya dia mungkin menganggap dia berjaya memperbodohkan kami tetapi saya bertanya satu soalan yang membuat beliau terdiam.

SOALAN SAYA : Novel Rafishah sudah diterbitkan sejak tahun 2001. selepas itu masih banyak novel lain yang terbit termasuk novel saya 2005, kenapa masih mahu menerima manuskrip dan menerbitkannya kalau kewangan meruncing?novel terbaru yang terbit di sini 2006.

JAWAB PENGURUS : Aa, aa, aa (gagal menjawab)

SOALAN SAYA : Bukankah itu bermakna memang sudah ada di dalam agenda pihak encik untuk tidak membayar pada kami?

JAWAB PENGURUS : Sebenarnya saya baru mengambil alih jawatan ini. Dulu bukan saya di sini.

Wah, mudah benar dia menyelesaikan masalah. cuba lari dari terjahan. Tak profesional langsung!

SOALAN SAYA : Itu masalah encik dengan pengurusan syarikat encik, masalah saya dan kawan2 saya, ialah.... kami rasa tertipu. kami rasa diperbodohkan. Sudahlah panggilan2 telefon kami diabaikan, tidak mendapat layanan sewajarnya, surat2 yang kami kirimkan pun mungkin pihak encik bakul sampahkan?

JAWAB PENGURUS : Bukan begitu, saya sibuk.

SOALAN SAYA : Dalam syarikat yang sebegini besar, apakah hanya encik yang memikul kesemuanya, hinggakan membalas surat2 kami? tidak ada kerani yang bertanggung jawab melayan surat menyurat?

Pengurus kewangan itu terus terdiam, garu kepala, garu kening dan congkel telinga dengan kelingking.

SOALAN SAYA : Apakah pihak encik tak takut mati? tak takut dakwaan Allah?

pengurus itu tersenyum gelisah.

JAWAB PENGURUS : Baiklah, saya berjanji akan melunaskan royalti saudara/i selewat2nya sebelum menjelang hari raya aidilfitri 2007.

SOALAN SAYA : Baik. bagaimana sekiranya di masa yang ditetapkan pihak encik gagal melunaskan janji?

JAWABNYA PENGURUS (Terlalu memeranjatkan saya) : Saya bagi saudara/i satu idea. (berbisik perlahan) Hantar surat saman untuk dakwa syarikat ini. Pasti orang atas akan takut.

Saya dan Rafishah berpandangan, pelik. bisik kami berdua. Saya merasakan ada udang di sebalik batu. mana mungkin seorang pengurus syarikat yang punya saham di dalamnya, minta syarikatnya disaman? ceng ceng ceng.... saya terus memikirkannya.

Masa pun sudah berlalu jauh, tekak pun sudah kering (langsung tidak dijamu meski secangkir air), kami pun angkat punggung. kami bersedia menunggu janji Melayunya.

Selang beberapa minggu, rakan penulis lain dihubungi, minta penulis2 yang novelnya pernah diterbitkan oleh mereka untuk mengambil semula hak penerbitan. Soalnya sekarang, apakah perkara ini dianggap selesai? bagaimana dengan hasil jualan selama ini dan novel yang sudah terbit 7 tahun dahulu serta bergerak di pasaran, ada yang sudah diulang2 cetak boleh diterbitkan penerbit lain? Bagaimana grafiknya, jodolnya? Ah, macam2 lagi yang perlu difikirkan. Pening juga ya? asalnya saya hanya mahu berkarya, berkongsi cerita dengan pembaca, mahu lari dari tekanan fikiran harian, rupa2nya terperangkap dengan masalah ini pula. PATUTKAH SAYA MENGABAIKAN SAHAJA NOVEL ITU? MENGAKU KALAH MESKI BELUM BERPERANG?

Sunday, February 25, 2007

Sayembara Jubli emas DBP

Berakhirlah sudah majlis penyampaian hadiah pertandingan mengarang sempena Jubli Emas DBP yang berlangsung Jumaat lalu (23Feb 2007) yang bermula jam 2.30 petang.

Buat pertama kalinya saya menghadiri majlis sebegitu, sejak berkecimpung di arina penulisan. Sewaktu kaki melangkah masuk, hati saya masih cemas dan rasa tidak percaya apakah benar nama saya tersenarai. Di meja penyambut tetamu, saya dipanggil untuk menandatangan borang kehadiran. RAMLAH RASHID - NOVEL REMAJA. Saya pun menandatangi di hujung nama saya dan saya diberi sebuah buku cenderahati. Saya masih ragu2, apakah mungkin ada penulis yang namanya serupa saya? Pengiring saya (anak lelaki), bersuara. "Bukalah, mesti ada nama ibu di dalam." Saya hanya senyum, rasa malu pada dia jika bukan saya yang dimaksudkan. Di meja tetamu di dalam, saya terus ternampak Nisah Haron. Meski kami tidaklah serapat mana namun saya jelas wajahnya (mungkin dia tidak mengenali saya) tapi saya beranikan diri menegurnya, (maklum hanya dia yang saya kenali). "Boleh duduk di mana2 ke?" Saya bercadang mahu duduk semeja dengannya. Dia senyum, katanya "Pemenang kat sebelah sana." "Tapi saya tak tahu saya nombor berapa." "Boleh tengok kat dalam buku tu, nama awak ada kat dalam." dia masih senyum.

Saya membuka dengan terketar-ketar. Halaman pemenang Novel Remaja 2006 terbentang. Tiada pun nama saya? Malunya.... Muka saya berubah pastinya. Anak lelaki saya menyelak sehalaman lagi. "Ni!" kuat suaranya menunjuk ke arah gambar saya. Akh.... syukur alhamdulillah, meski di halaman hadiah saguhati namun masih tertera nama Ramlah Rashid. Seorang wanita kecil, kedudukannya juga kecil di kalangan penulis2 besar sekalian. Dalam kegembiraan, saya disapa seorang petugas wanita, 'Puan pemenang ke?" saya mengangguk "saguhati" gumam saya terasa malu dipanggil pemenang. "Saguhati juga dipanggil pemenang, mari ikut saya." Rasa panas lopak mata saya mendengar kenyataannya, mana mungkin saya dipanggil pemenang novel sastera sedangkan saya penulis novel popular yang juga dipanggil pecisan oleh sesetengah orang. "Tahniah ibu." Anak lelaki saya mungkin terdengar suara hati saya meski tidak saya ucapkan di bibir. Dia cukup mengenali saya. Saya mengangguk dan mengambil tempat.

Duduk dua minit, saya disapa seorang penulis, pemenang saguhati skrip drama pentas 'Walai'. Rasanya nama itu sering saya dengar tapi di mana ya? Gumam saya sendiri. Dia ramah, kami bersalaman dan turut mengucap tahniah pada saya. Saya juga mengucapkan perkataan yang sama.

Selesai ucapan ringkas oleh pengarah DBP, diikuti bacaan doa, majlis bermula dengan penyerahan hadiah bagi pemenang dan saguhati ketegori sajak diikuti cerpen dan tiba masa saya bersiap sedia. Novel Remaja - Nama pertama dipanggil ialah Osman Ayob, diikuti saya Ramlah Rashid. Entah kenapa saya rasa gugup yang teramat, mungkin pertama kali bersua dan bersalaman dengan SN A. SAMAD SAID. Terasa kecil benar diri ini. Sewaktu saya menerima Anugerah Khidmat Cemerlang di tempat kerja tahun lepas, tidak sepanik itu. Entah kenapa saya rasa terharu sangat. Mungkin kerana saya tidak yakin diri saya dan hingga saat ini saya masih berasa kurang percaya.

Kesimpulannya, hadiah itu adalah rezeki semata2. Saya tidak menemui sebarang keistimewaan dari manuskrip novel saya 'JERIJI KASIH.' Benar kata orang, jika sudah menjadi rezeki kita, para juri akan terpandangkannya meski beratus lagi manuskrip di meja penilai. Syukur alhamdulillah. Pun begitu, selain rezeki, saya menganggapnya pemangkin untuk saya terus serius menulis. Novel popular juga akan saya sasterakan. Insyaalah...

p/s untuk liputan meluas dan padat anda disyorkan masuk ke blog www.nisah haron.blogspot.com.my, di sana lengkap beserta gambar.

Wednesday, February 21, 2007

SAYEMBARA NOVEL DBP

Esok 23.Feb 07 merupakan hari penyampaian hadiah bagi pemenang2 SAYEMBARA JUBLI EMAS DBP 07. Ayuh beramai2 kita meriahkan majlis itu di dewan bankuet DBP. Insyaallah saya akan berada di sana seawal jam 2.30 petang.

Thursday, February 15, 2007

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

HARI ISNIN YANG BARU LALU SAYA MENERIMA SEPUCUK SURAT DARI DBP. KATA DALAM SURAT TERSEBUT, NOVEL SAYA JERIJI KASIH MEMENANGI SALAH SATU HADIAH (SAYEMBARA MENULIS NOVEL SEMPENA JUBLI EMAS DBP). APA YANG MERAGUKAN SAYA, SAYA LANGSUNG TIDAK TERFIKIR UNTUK MENANG. SEDIKIT RASA SANGSI SAMA ADA BENAR ATAU TIDAK NOVEL SAYA YANG DIMAKSUDKAN. MAKA SAYA MENGHUBUNGI PIHAK DBP, JELAS KATANYA BENAR NAMA DAN SURAT ITU UNTUK SAYA. BILA SAYA TANYA NOMBOR BERAPA SAYA, DIA HANYA TERTAWA DAN TIDAK MAHU MENYEBUTNYA, SAYA SEMAKIN CEMAS. RASA SANGSI MASIH MENYELUBUNGI SAYA. APAKAH BENAR SAYA MENANG? SIAPALAH SAYA UNTUK MEMENANGINYA NAMUN MASIH BERHARAP JUGA UNTUK MENANG.

Wednesday, February 07, 2007

masalah... masalah

hai. entah apa jadi pada blog saya. lebih seminggu saya cuba masuk untuk menulis sesuatu tapi entah kenapa susah sangat nak buka kunci. asyik2 password salah. rasanya saya tidak pelupa soal beberapa nombor rahsia tu, tapi entahlah.... sudah dikey in berkali2 pun katanya salah lagi. baru ini boleh buka. komputer yang dianggap tercanggih ni pun rupa2nya ada masalah juga. Waallahualam....