mari mengarang

Thursday, September 29, 2005

belajar mengarang

Semalam saya didatangi seorang teman yg sudah dijangkiti minat menulis novel. Beliau begitu bersemangat ingin menerbitkan novel. Katanya dia tidak berminat ke arah novel2 popular seperti yg dihidang dipasaran. Saya menyokong semangatnya dan terus memberi galakkan. Saya menasihati beliau menghantar karyanya utk diadili dlm sayembara menulis novel remaja & dewasa yg diadakan di setiap tahun. Beliau terpanggil utk turut serta. Oleh sebab saya sudah menyiapkan 2 buah novel (MEMORI RINDU & MENJEJAK PELANGI JINGGA) dan beliau sudah membacanya, beliau terpanggil utk meminta saya menyemak karyanya terlebih dahulu sebelum dia menghantar utk penerbitan. Saya sedar, saya masih terlalu baru dan pengetahuan saya di bidang penulisan masih terlalu cetek, pun begitu, saya berpengalaman dari segi membaca. Saya sudah mula membaca novel sejak di sekolah rendah dan sudah hampir 100 cerpen saya yang terbit di pasaran. Bertolak dari itu, saya bersedia membantu beliau. Sekurang2nya memberi sedikit sokongan & buah fikiran.

Malam tadi saya sudah membaca disket yg diberikannya, secara rambang. Apa yg saya dapati, ceritanya ada, dan cukup menarik utk para remaja serta terdapat unsur patriodtik yg tinggi serta karya yg rasanya lain dari karya2 biasa di pasaran. Cuma....

-Rasanya beliau kurang membaca karya2 org lain. Dia menulis di atas apa yang dia rasakan dan inginkan. Gaya penulisan yg begitu bercelaru serta gaya bahasa yg amat rendah. Malang sekali. Kalau beliau banyak membaca, pastinya karya beliau akan jadi lebih cantik dan lebih kemas. Saya juga pernah sepertinya, novel Memori Rindu sahaja pernah diolah semula malah mendapat komen hampir 100 peratus dari kawan saya yang saya anggapnya sebagai guru saya di bidang sastera (MOHD.NASARIDIN DASUKI) . Terima kasih yang tidak terhinga padanya. Dan pada kawan saya yg baru mencuba menulis novel itu, saya ceritakan perihal cerewatnya saudara Nassarudin itu dan betapa telitinya beliau dalam penyusunan bab dan plot sehingga keseluruhan novel saya dikomennya. Namun saya tidak berputus asa, saya mencuba & terus mencuba akhirnya novel saya diterima penerbit Creative Enterprise. Terima kasih juga padanya.

Saya ucapkan syabas pada kawan saya itu(penulis baru), sekurang2nya beliau mahu mencuba. Tahniah dari dan saya doakan beliau berjaya.