mari mengarang

Tuesday, November 29, 2005

nukilan ramlah rashid: seni pengkaryaan

Wednesday, November 23, 2005

BENGKEL SESELAI

Assalamualaikum. Syukur, akhirnya bengkel PEN berjaya juga sampai ke hujungnya. Tepat jam 6.30 pm Ahad 18. nov. 2005 saya dan Fizi bertolak pulang setelah duduk di kerusi bengkel sedari jam 8.30am. Kami menaiki komutar dari Seremban ke Kuala Lumpur jam 7.00pm. Nampak sangat Fizi keletihan. Kesian dia. Pertama, katanya tak tidur sepanjang malam (almaklum... meninggalkan isteri dan anak). Punya bersemangatnya dia dengan bengkel cerpen itu, sampaikan terpaksa tidur di rumah bujang berhampiran stesyen komutar kerana rumahnya sendiri jauh dari stesyen dan rumah saya. dengan galakan isteri, mungkin, Fizi bermalam di rumah bujangnya. Alhamdulillah, dia dikurniakan isteri dan anak yang memahami minat dan kesungguhannya. Tahniah Fizi dan isteri (jururawat hospital Selayang). UNTUK BERJAYA DAN CEMERLANG, KITA MESTI BERKORBAN.

Banyak pelajaran dan pengalaman baru saya perolehi di bengkel PEN itu. Semua cerpen diberi pujian dan ransangan, tapi... semuanya juga diberi komen. Pada saya, komen-komen itu tidak sedikit pun melemahkan semangat saya, sebaliknya lebih memberansangkan. Maklumlah, kita menulis mengikut kehendah sendiri, selera sendiri dan angan-angan sendiri. Kita menulis untuk dibaca umum. Oleh itu, pembacalah yang selayaknya menilai dan memberi komen. Kadang-kadang, kita tidak ternampak kesilapan dan kepincangan kita, tugas kawan-kawanlah menunjuk ajar. Lebih-lebih lagi yang sealiran dan sebidang.

Nampaknya, semua peserta hari itu, berfikiran terbuka dan ikhlas dalam memberi tunjukajar. Yang lebih berpengalaman, memberi pengalamannya untuk ditangguk peserta lain, sementara yang masih setahun jagung seperti saya, masih berpeluang melontar sedikit sebanyak komen dan mereka dengan senang hati menerimanya. Syabas! Tahniah juga pada Saudari Nisah. Dah menang banyak kali dalam penulisannya, tapi tak meninggi diri dan murah dengan ilmu pengetahuan. Sebagai orang biasa, saya tabit padanya. Saya belum pernah punya kawan seorang peguam. Inilah kali pertama saya berbual dan bergurau senda dengan wanita berstatus begitu. Kadang-kadang saya lupa kedudukan dirinya. Tapi walaubagai mana pun, saya tetap menghormatinya bukan sahaja selaku peguam tetapi juga penulis berkaliber.

Puan Mawar Syafie juga tidak mengecewakan, beliau sedia merendahkan diri mampir di celah-celah ketandusan kami. Di sesi kedua bengkel (selepas rehat dan solat zohor) beliau hadir. Terperanjat saya. Saya belum pernah melihatnya dari dekat begitu, apatah lagi berbual dan bersoal-jawab dengannya. Orangnya manis, cantik dan penuh ciri keibuan. Beliau juga sesuai dijadikan sahabat dan teman berual. Lontaran suaranya begitu mendatar dan senada, lembut dan beralun. Saya benar-benar kagum. Setiap nasihat dan komentarnya saya terima sebagai satu pelajaran baru. Sungguh tinggi ilmu bahasanya, setinggi santunnya sebagai wanita Melayu dan sesuai sekali dengan namanya yang cantik. (MAWAR)
Tahniah dan terima kasih Puan Mawar.

Kepada Laila, Fizi, Nas, Amiza, Serunai, Syarifah, Nisah dan Adip... terima kasih juga pada kalian. Salam perkenalan dan salam sayang dari saya. SISIPKAN SAYA DI CELAH KARYA-KARYA UNGGUL SAUDARA.

Wednesday, November 16, 2005

BENGKEL PENULISAN KREATIF

Hai teman-teman karyawan, sesiapa yang sudi mampir ke blog saya ini, pertama-tamanya saya ucapkan bebanyak terimakasih. Ada satu perkara utama dan aula yang anda semua mesti maklum, iaitu bengkel cerpen kreatif anjugan PEN 2005 yang akan diadakan di Lot F47 (Bilik Bimbingan Al-Quran), Pusat Kaunseling MAINS, Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre, Seremban. pada 20 Nov ini.

Saya katakannya penting adalah kerana begitu banyak ilmu dan pengetahuan terhimpun di sana dan boleh kita kutip untuk menjadi buah-buah fikiran utk kita mencantikkan pengarangan kita. Ilham atau idea mengarang, terpulang kepada kreativiti masing-masing tetapi ilmu serta format mengarang yg betul, itu yang perlu dipelajari. Semua itu ada dilelong di sana. Saya berani menyatakan begitu kerana saya pernah singgah selama 1 hari di program itu pada sesi 2004 yg lepas. Sebuah cerpen saya yang dihentam Puan Nisah di program itu dan saya berusaha memperbetulkannya semula, telah pun terbit di dalam BERITA MINGGU sempena Aidilfitri 2004 yg lalu. Saya berasa bangga kerana buat julung kalinya cerpen saya berjaya bolos di akhbar utama negara itu. Selama ini saya hanya bersedia dan berani bermain dengan majalah-majalah terbitan utk wanita sahaja. Kejayaan itu saya anggap adalah kerana jasa Puan Nisah yang dengan bersungguh-sungguh memberi komen serta tunjukajar yang bernas. Beliau memberitahu saya format yang betul kerana sebelum ini saya hanya menulis mengikut citarasa sendiri serta bakat semula jadi, tanpa ilmu dan pengetahuan. Rupa-rupanya terlalu banyak undang-undang yg wajib kita patuhi untuk memboloskan cerpen kita menempati dada akhbar, tidak seperti mudahnya tersenyum gah di muka surat majalah semata-mata.

Oleh itu, apa lagi kawan-kawan, jom kita ke Seremban minggu ini. Beraya-berayalah juga, ilmu pengetahuan perlu dicari dan dikutip di mana dia terlonggok.

Akhir kata, selamat berjumpa di PEN 2005, Ahad nanti. Bye.....

Monday, November 07, 2005

Rombongan ke Istana Sultan Perak Kuala Kangsar

Pada 22 Okt. 2005 yang lalu, saya telah menyertai romgbongan Kelab Darul Rizwan ke Istana Sultan Perak di Kuala Kangsar. Kami berbuka puasa, bersembahyang Maghrib & Isyak serta bersunat tarawikh bersama Sultan dan Permaisuri.

Jika ditanya, bagaimana keadaan di dalam istana..., tiada jawapan lain yang mampu saya nyatakan selain dari perasaan kagum saya pada keindahannya. Belum pernah saya berkesempatan mampir ke tempat2 begitu salama hayat saya. Tetapi ada satu perkara yang amat mengesankan dan hingga kini tersemat kukuh, tidak mampu saya sisihkan dari ingatan, iaitu pertemuan mesra saya dengan Dato' Seni yang kini sudah diangkat menjadi Senator. (Dato' Jins Samsudin). Beliau begitu ramah dan bersahaja melayan kerenah kami yang menyoal itu dan ini berkenaan kegiatan seninya serta minta bergambar kenangan bersamanya.

Terima kasih, Dato'.