mari mengarang

Saturday, January 06, 2007

drama seberang lagi...

ha! bukan semua drama mereka mengarut dan tidak berkualiti. saya baru menonton MUTIARA HATI (setiap Isnin - Jumaat 6 petang). Watak utama di dalam drama itu, Nabilah. kot pintar amat itu anak. cilik cili padi. tapi bukan itu sahaja sebabkan kenapa saya menganggap drama itu hebat, tetapi nilai murni yang terdapat di dalamnya. drama begitulah sesuai untuk kanak2 dan ibu2. beramal, berdoa dan bertawakal. itu yang ditekankan penerajunya. tidak ada unsur tahyul dan merepek 'membabi buta'. saya turut tersenyum2 dan sesekali merenik air di dalam mata saya melihat keletah anak kecil (nabilah) dan sifat murni yang diamalkan keluarganya. sesiapa yang belum berkesempatan menonton drama itu, ayuh! bersedia di depan t.v setiap jam 6 petang, Isnin - Jumaat. pastikan solat asar dulu sebab drama itu berakhir jam 7 ptg.

2007

2007? secepat itu masa berlalu. 360 hari bagaikan hanya sekali mata dikelip, selesai hitungannya. jika dikira dari angka 0, pasti lidah berasa sakit dan tekak menjadi kering. tapi jika dilalui sahan hari, rasanya begitu singkat. azam yang ditanam sejak 1 Jan. 2006 hanya baru bertunas, belum berpucuk malah berputik juga mungkin tidak. pun begitu kita tidak boleh menunggu lagi, berundur juga mustahil, hanya menapak mengikut jejak.... samada berjaya atau gagal dalam penanaman azam, yang pastinya kehidupan mesti diteruskan. pada yang gagal, usah gusar, azam tidak mungkin akan mati meski mungkin kurang segar. bagi saya yang berazam mahu menerbitkan 2 novel setahun, kini berjaya. alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak penerbitan kerana merialisasikan impian dan azam saya mahu menerbitkan 2 novel sepanjang tahun 2006. alhamdulillah dan terima kasih pada semua.

meski penglibatan saya dalam pengarangan novel popular agar terlewat jika dinilai dari usia saya, pun begitu saya tidak pernah berasa kesal. mungkin baru ini rezeki saya. saya bermula dengan karya sastera (cerpen & puisi). diikuti penulisan skrip drama radio dan berjinak2 dgn skrip drama t.v. kesemua itu tidak memberi saya semaksima kepuasan. akhirnya bermula dari Ogos 2005 maka terbit 2 buah novel yang asalnya berupa novel sastera tetapi saya beri sedikit sentuhan popular (MENJEJAK PELANGI JINGGA & MEMORI RINTU. bertolak dari 2 novel itu, terbit lagi 2 novel saya, satu Mac 2006 (TAK KUDUGA) & Dis 2006 (SARA KIRANA). syukur alhamdulillah.

kepada rakan2 penulis, ayuh! usah fikirkan soal usia dan siapa kita. yang penting karya kita mesti matang dan berjaya memberi sedikit input kepada khalayak pembaca. meski novel pop mungkin dianggap pecisan dan tiada nilainya oleh sesetengah orang, buktikan karya kita mampu memberi moral dan sebanyak sedikit ilmu kepada khalayak pembaca....