mari mengarang

Monday, January 23, 2006

(RALAT) Kabus Senja

Hi, kawan2. Masih sudi singgah di blog saya? Allahamdulillah. Saya masih bersemangat mengabdit. harap2 masih ada yang sudi mampir. Di sini saya ingin menyampaikan mesej ralat dalam penerbitan novel terbaru saya. Ramai kawan2 bertanya saya, bila lagi akan terbitnya novel terbaru (KABUS SENJA) yang saya war2kan akan terbitkan oleh Creative Enterprise.

Minggu lepas saya menghubungi pihak penerbitan dan alangkah kecewanya apabaliba pihak yg bertanggungjawab menyatakan mereka terlupa utk memasukkan novel saya ke dalam senarai panjang penulis mereka. Alasannya mudah - manuskrip novel saya sudah dibaca dan diterima lebih awal dari yang lain dan sudah disahkan akan diterbitkan. Oleh itu sewaktu pihak mereka melakukan penyusunan utk penerbitan tahun ini, manuskirp saya tercicir lalu dgn tidak sengaja, mereka terlupa. Ini berikutan penilai pertamanya CB (cuti bersalin).

MUngkin kerana saya penulis baru, agaknya. InsyaAllah KABUS SENJA akan terbit awal tahun 2007. W/pun lewat sedikit, tp saya bersyukur dan berterima kasih kerana sebuah penerbitan besar itu masih sudi menerima novel saya.

Terima kasih kepada Cik Nida dan Fida. Tak lupa kpd Shidah juga.