mari mengarang

Tuesday, September 11, 2007

BENGKEL DBP

Sudah lama Bengkel Penghayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif berakhir, namun baru detik ini aku berkesempatan mencoret sesuatu untuk rakan2 sebengkel dan pemimpin serta penganjur khasnya. Terima kasih kepada pihak DBP di atas penganjuran bengkel ini. Buat julung kalinya aku mengutip ilmu penulisan dari yang berpengalaman dan berpengetahuan, sebelum ini aku menulis mengikut kreativiti sendiri, tanpa ilmu, tanpa pengetahuan. Terima kasih sekali lagi.

Bengkel bermula pada 10 Ogos 2007 dan berakhir pada petang 12 Ogos 2007. Bertempat di Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur. Semuanya ditanggung pihak DBP. Terima kasih sekali lagi. PEMBIMBING bengkel ini - FAISAL TEHRANI.
DI ANTARA PESERTA YANG HADIR :

Sdr Abd. Razak Adam * Sdr Noor Zaidi Hj Hamad
Sdr Amer Hamzah L. Kadir * Sdri Ramlah Rashid
Sdr Azman Mohamed * Sdr Sallehuddin Ibrahim
Sdri Joliah Johan * Sdr Shadiya Abbas
Sdri Latifah Mohd. Yusof (Anis Ayuni) * Sdri Siti noor maizan Mokhtar
Sdr Md RAsul haron * Sdri Siti Rohayu Md. Suhaimin
Sdr Mohamad Kholid Hamzah * Sdr Wahyu Budiwa Rendra
Sdr Mohd. Fordaus Ismail * Sdri Zaharah Muhammad
Sdri noor Aini Awang * Sdri Zulaila Zakaria
Sdri Noor Saraya Adnan * Sdr Zulkifli Hamisan @Khair
Sdri Noorhaslin Md. Noor *
Sdri Nor Azlinawati Yaacob *
Sdri Nordiana Ab. Jabar *
Sdri Noriah Mohd Sharif *
Sdri Norzailina Nordin
*


Dari mula hingga akhir Saudara Faisal tidak jemu2 menurunkan ilmu dan petua bagaimana selayaknya seorang penulis (sastera). Perbeza antara novel pop (pecisan) dengan novel sastera. Kalau hendak aku huraikan di sini teramatlah panjangnya dan pasti kawan2 bosan kerana bengkel kami berlangsung 3 hari dan selama itulah kami diberi penerangan berkenaan perkara itu. Aku tidak berapa sihat sepanjang bengkel, pun begitu berusaha menumpukan perhatian semaksima mungkin kerana bukan senang mahu menjadi anak murid si Faisal tu. Orangnya ganteng, ilmunya tinggi. Pendek kata sejuk perut ibunya mengandungkannya 9 bulan. Mungkin ibunya bermimpi bulan jatuh ke riba barang kali. (Akak serius Faisal, bukan sindiran). Ramai kawan2 sebengkel bersetuju begitu. Dalam usia semuda beliau, beliau sudah menggenggam dunia sastera. Rasanya tidak ada satu pun yang tercicir dari celah2 jarinya. Wah, hebat benar. Kami peserta bengkel yang rata2nya lebih berusia dari beliau, terpaku berjam2 di kerusi tanpa berasa jemu. Langsung tidak menguap kantuk atau lelah. Terus menongkat mata dik berkesannya ilmu yang ditaburkan beliau. Terima kasih Saudara Faisal.
Ingin rasanya aku berbengkel lagi di lain kali.


5 Comments:

At 8:18 AM, Blogger mohamad kholid said...

salam...
saya setuju dgn sdr. saya check-out dari mandarin court dengan azam akan menulis sebuah novel yang benar-benar menyengat...

 
At 5:13 AM, Blogger Rasha_rz said...

Salam juga dik. Kak ila tahu, awak pasti boleh. tengok rupapun dah tahu awak berkebolehan. teruskan azam dan cita2.

 
At 10:05 PM, Blogger Puteri said...

suka juga membuat penulisan
cuma tidak dapat dikomersialkan sebab..
tidak punya kelayakan yang selayaknya

hehe

 
At 2:44 AM, Blogger Rasha_rz said...

puteri. menulis dan berkarya, tidak ada kelayakan yang khusus. asal boleh menulis dan membaca, mereka layak mencoret imaginasi untuk dikomersialkan. kecuali pengkritik saster. untuk mengkritik perlukan ilmu yang tinggi dan kelayakan khusus. wallahualam...

 
At 12:38 AM, Blogger sha said...

Salam.. saya nur aisha teringin nak meluahkan cerita kisah pahit manis sebuah kehidupan. Tapi saya tiada ilmu dalam bidang penulisan. Kalau ada bengkel @ apa-apa kursus yang berkaitan sila maklumkan kepada saya.

 

Post a Comment

<< Home