mari mengarang

Thursday, September 06, 2007

PENULIS DAN PENERBIT (NOVEL)

Baru2 ini (bulan Ogos 07) aku dan Rafishah telah pergi ke syarikat penerbitan tut... (tidak perlu aku war2kan di sini nama syarikatnya). Kami mahu menuntut royalti yang telah ditangguh sekian lama. Setelah lama kami hanya menghubung penerbit melalui telefon dan menghantar memorandam yang ditandatangi beramai2, (penulis teraniaya) tetapi tidak mendapat layanan sepatutnya, akhirnya kami menerjah ke sana.

Selepas hampir setengah jam menunggu, kami berjaya bertemu dengan pengurus yang terlibat. Tut... (juga tidak perlu disebut namanya) sungguh menyedihkan, kami gagal menuntut hak. saya yang hanya memiliki sebuah novel di situ berasa begitu hampa apatah lagi Rafisah(4 novel) Pengurus itu memberitahu alasan, syarikatnya menghadapi masalah kewangan yang teruk. Mulanya dia mungkin menganggap dia berjaya memperbodohkan kami tetapi saya bertanya satu soalan yang membuat beliau terdiam.

SOALAN SAYA : Novel Rafishah sudah diterbitkan sejak tahun 2001. selepas itu masih banyak novel lain yang terbit termasuk novel saya 2005, kenapa masih mahu menerima manuskrip dan menerbitkannya kalau kewangan meruncing?novel terbaru yang terbit di sini 2006.

JAWAB PENGURUS : Aa, aa, aa (gagal menjawab)

SOALAN SAYA : Bukankah itu bermakna memang sudah ada di dalam agenda pihak encik untuk tidak membayar pada kami?

JAWAB PENGURUS : Sebenarnya saya baru mengambil alih jawatan ini. Dulu bukan saya di sini.

Wah, mudah benar dia menyelesaikan masalah. cuba lari dari terjahan. Tak profesional langsung!

SOALAN SAYA : Itu masalah encik dengan pengurusan syarikat encik, masalah saya dan kawan2 saya, ialah.... kami rasa tertipu. kami rasa diperbodohkan. Sudahlah panggilan2 telefon kami diabaikan, tidak mendapat layanan sewajarnya, surat2 yang kami kirimkan pun mungkin pihak encik bakul sampahkan?

JAWAB PENGURUS : Bukan begitu, saya sibuk.

SOALAN SAYA : Dalam syarikat yang sebegini besar, apakah hanya encik yang memikul kesemuanya, hinggakan membalas surat2 kami? tidak ada kerani yang bertanggung jawab melayan surat menyurat?

Pengurus kewangan itu terus terdiam, garu kepala, garu kening dan congkel telinga dengan kelingking.

SOALAN SAYA : Apakah pihak encik tak takut mati? tak takut dakwaan Allah?

pengurus itu tersenyum gelisah.

JAWAB PENGURUS : Baiklah, saya berjanji akan melunaskan royalti saudara/i selewat2nya sebelum menjelang hari raya aidilfitri 2007.

SOALAN SAYA : Baik. bagaimana sekiranya di masa yang ditetapkan pihak encik gagal melunaskan janji?

JAWABNYA PENGURUS (Terlalu memeranjatkan saya) : Saya bagi saudara/i satu idea. (berbisik perlahan) Hantar surat saman untuk dakwa syarikat ini. Pasti orang atas akan takut.

Saya dan Rafishah berpandangan, pelik. bisik kami berdua. Saya merasakan ada udang di sebalik batu. mana mungkin seorang pengurus syarikat yang punya saham di dalamnya, minta syarikatnya disaman? ceng ceng ceng.... saya terus memikirkannya.

Masa pun sudah berlalu jauh, tekak pun sudah kering (langsung tidak dijamu meski secangkir air), kami pun angkat punggung. kami bersedia menunggu janji Melayunya.

Selang beberapa minggu, rakan penulis lain dihubungi, minta penulis2 yang novelnya pernah diterbitkan oleh mereka untuk mengambil semula hak penerbitan. Soalnya sekarang, apakah perkara ini dianggap selesai? bagaimana dengan hasil jualan selama ini dan novel yang sudah terbit 7 tahun dahulu serta bergerak di pasaran, ada yang sudah diulang2 cetak boleh diterbitkan penerbit lain? Bagaimana grafiknya, jodolnya? Ah, macam2 lagi yang perlu difikirkan. Pening juga ya? asalnya saya hanya mahu berkarya, berkongsi cerita dengan pembaca, mahu lari dari tekanan fikiran harian, rupa2nya terperangkap dengan masalah ini pula. PATUTKAH SAYA MENGABAIKAN SAHAJA NOVEL ITU? MENGAKU KALAH MESKI BELUM BERPERANG?

0 Comments:

<< Home