mari mengarang

Thursday, April 27, 2006

Menulis novel siap seminggu?

Saya bertemu secara tidak sengaja dengan seorang teman baru (juga penulis) di sebuah syarikat penerbitan novel. Di sana kami berbual berkisar berkenaan cara penulisan dan berapa lama masa diambil utk menyudahkan sesebuah novel. Memandangkan saya sdh menerbitkan 3 buah novel (2 tahun). Sekarang sedang menyiapkan novel ke 5 insyaAllah.

TEMAN PENULIS: Berapa lama u menyiapkan sebuah nvl u?

SAYA : Saya tidak menulis sebuah-sebuah, maksudnya 2 buah setahun.

TEMAN PENULIS : Lamanya!

Saya ketawa hambar, sedar kecetekan ilmu penulisan saya, mungkin berbanding dia.

TEMAN PENULIS : Novel terbaru saya ini (menunjuk manuskrip yang dibawanya) saya siapkan seminggu saja.

SAYA : (Tergamam, termangu) Seminggu? U menulis macam mana?

TEMAN PENULIS: Saya bersungguh-sungguh.

SAYA : Yg ini (menunjuk manu skrip yg dibawanya) nvl ke berapa disiapkan?

TEMAN PENULIS : Sebenarnya sdh 3 nvl I ditolak oleh sebuah syarikat penerbitan.

SAYA : (Termangu lagi). Mana dia manu skrip-manu skrip tu? Repei balik?

TEMAN PENULIS : Tak, saya buang.

Waduh..., mudah benar dia menulis sesebuah cerita dan semudah itu membuangnya. Ternyata saya tidak sehebat beliau (teman penulis)

Kesimpulan yg saya buat, saya tidak mampu sehebat beliau. Dgn manuskrip siap dijilid dgn ketebalan 600 m/s & lebih, saya akan menyudahkannya lebih satu tahun. Itu pun saya terpaksa mencuri masa bersama anak-anak, suami dan rakan-rakan. Sebabnya, cara saya menulis :

1)Berfikir nak menulis apa.
2)Kumpul nama-nama yang indah (watak)
3)Sedikit berkenaan cerita (tidak lengkap dan tidak padat)
4)Sinopsis (diubah dan diperbaiki dari semasa ke semasa)
5)Mula menulis.
6)Membuat semakan di mana-mana buku atau internet utk infomesion jk ianya memerlukan rujukan. Krn jk tersalah faktar, org akan menganggap kita penulis tanpa ilmu.
- Saya akan menulis terus tanpa berhenti, kadang2 sehingga satu malam tanpa sempat tidur. Esok paginya mesti ke tempat kerja pula. Malam esok sambung lagi, lagi dan lagi sampailah saya ketandusan idea. Selalunya saya menganggap cerita itu tamat meski baru 100 m/s, 500 m/s atau lebih dari itu. Saya simpan dia mungkin selama 2 atau 3 bulan atau juga lebih. Waktu itu saya akan bermesra dengan novel kembarnya, begitu juga saya lakukan. Setelah keringnya idea dan saya berasa bosan dgnnya, saya akan kembali kepada novel pertama saya. Saya akan membacanya semula kerana saya sudah melupainya. Di situ saya temui kekurangannya, ketidak matangannya dan ketidak sedapannya. Setelah siap pembetulan, penambahan, pengurangan, akan saya simpan semula. Saya akan kembali kepada adik novel itu. begitu juga saya lakukan padanya. Sekian masa dihabiskan, akan saya kembali kepada kakaknya, saya baca semula, saya pinda lagi, betulkan lagi, tukar lagi, tambah lagi, dan buang lagi. Setelah saya tidak lagi menconteng dikertas manu skrip contoh dan tidak di komputer, barulah saya bersedia untuk dijilid kemas dalam bentuk manu skrip sedap mata editor membacanya. Pernah juga sekali saya menarik balik manuskirp saya dari editor kerna kurang berpuas hati manuskrip itu. Saya pinda balik dan saya hantar semula. BEgitulah saya. Saya jarang berpuas hati dengan kerja saya.

SEPATAH KATA GURU SAYA (M. NASARUDIN DASUKI & NISAH HARON) Lebih lama ia diperam, lebih manis rasanya. Jika ia dipetik dan dihidang sedari muda, entah kelat, entah masam, entah tawar rasanya. Pasti tidak enak untuk santapan minda pembaca. Waallahualam....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home