mari mengarang

Monday, December 19, 2005

sayembara DBP

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama saya tdk menulis sesuatu di ruangan saya ini. Saya agak kesuntukan waktu sejak akhir2 ini. Tanggung jawab terhadap keluarga, rumah tangga dan anak-anak serta tugas saya di tempat kerja masing2 berhimpitan mengharapkan perhatian yang lebih. Dalam masa cuti penggal persekolahan ini, anak2 semuanya berkumpul di rumah, yang di asrama sudah tentu pulang begitu juga anak2 yang memang bersekolah berhampiran. Dalam masa cuti begini sudah tentunya mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari waktu bersekolah yang sama2 sibuk saban hari. Tugas saya disektor awam juga agak getir menjelang akhir tahun ini. Rakan setugas juga sedang cuti bersalin, itu menambah lagi kesibukan saya. Mujur suami agak memahami. Tidak meminta perhatian yang lebih, alhamdulillah dan terima kasih saya padanya.

Cuma yang tambah menggetirkan ialah - tarikh akhir penghantaran manuskrip untuk sayembara DBP 31 Dis ini. Pada awalnya saya bercadang untuk turut serta, dipertengahan jalan, saya ingat nak tarik diri sahaja. Tapi di akhir2nya saya semakin berminat dan bersemangat. Dengan sedikit waktu yang ada, saya ingin menyudahkan novel saya, malang tidak berbau... komputer saya down tiba2. Saya hantar repay, mereka menjanjikan seminggu. Saya terus menunggu dan menanti dengan penuh harapan. Hari ini saya singgah di C.C bersama anak-anak dan suami. Mulanya saya dan keluarga singgah minum di restoran mamak berhampiran perumahan di Penara, Tasik Permaisuri. Saya terpanggil utk masuk ke C.C bersama anak sulung saya. Tidak lama kemudian, suami dan anak-anak yang lain turut serta. Akhirnya saya memohon utk menggunakan komputer di sebelah komputer yg sedang digunakan anak saya melayari internet. teringat saya untuk mengabdit blog ini. Dalam beberapa minit, inilah hasilnya.


Teringat saya pada satu pertemuan di bengkel penulisan kreatif PEN baru2 ini, seorang peserta yang turut menyediakan sebuah cerpen utk dibengkelkan hari itu, mengatakan dia menulis cerpen itu di C.C. Kalau beginilah keadaan di C.C., saya tabit dengan kebolehannya. Terus terang saya katakan, saya tidak boleh menulis dgn baik di sini. Tiada privesi langsung. Lagi pun bayarannya RM2.00 setiap satu jam. Utk menghasilkan cerpen, saya haus duduk hampir 4 jam sekali duduk. Rehat sekejap dan duduk semula. Simpan utk beberapa hari atau minggu, kemudian disemak semula. Simpan lagi, semak lagi, barulah saya bersedia utk menghantar utk diterbitkan. Begitulah cara saya menulis. Bagi kawan saya (peserta bengkel PEN), saya cukup mengaguminya. Tahniah saya padanya, boleh menulis di sini. SYABAS.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home