mari mengarang

Wednesday, April 19, 2006

Komen novel TAK KUDUGA

Assalamualaikum. Saya masih mahu bercakap berkenaan novel ke 3 saya, TAK KUDUGA. Saya baru dihubungi seorg tmn(rakan penulisan -FIZI), memberi komen novel ke 3 itu. Beliau sdh membaca ke3-3 novel saya. Katanya nvl Tak Kuduga, keseluruhannya menarik & agak panas, hahaha. Itu yg saya mahu. 1 pembaharuan dlm karya saya.

2) Tapi.... Fizi mula teragak2, dia agak segan utk memberi komen, saya tahu. Saya paksa dia bersikap jujur, terus terang katanya : Plot cerita agak longgar, beruang dan agak sedikit letih di sesetengah tempat. (Agak lama menunggu kesudahan seterusnya) Dia agak berdebar beberapa kali. Membimbangi sesuatu kemungkinan berlaku (yg tidak diduga dilakukan oleh watak). Ktnya lagi, dia sering tertanya2 & ingin cepat tahu apa kesudahannya. (Suspen konon...).
Jawap saya : Saya akan cuba belajar menyusun plot agar lebih kemas dan padat. Almaklum, saya menulis melalui kreativiti sendiri, tidak pernah belajar dari mana2. Baru nak mula belajar dari yang pakar. Insyaallah.

3) Kata Fizi lagi, antara MEMORI RINTU & TAK KUDUGA : Memori Rindu covernya lebih menarik dan judulnya lebih mengancam. Ada gaya tarikan dan ceritanya juga lebih padat, gaya bahasa juga menarik.
Jawap saya : Fizi orang sastera dan sedikit kreatif. Ada juga pembaca novel Memori Rindu yang mengatakan agak letih membacanya sebab terlalu susah utk memahami bahasanya. (Terlalu bersastera). Komen pembaca itu lagi, Novel Tak Kuduga lebih menarik sebab bahasanya simple dan mudah difahami.

Kesimpulan yg dpt saya katakan... lain orang lain ragamnya. Gaya penulisan Memori Rindu & Tak Kuduga agak berbeza. Jika meminati nvl sedikit berat, carilah Memori Rindu. Jika gemarkan nvl cinta, membelai perasaan, dapatkan Tak Kuduga. Walau apa pun saya masih menunggu komen kawan2. Kalau blh, buat perbandingan antara 3 nvl saya, bukan bandingkan nvl saya dengan penulisan penulis2 yang lebih hebat. Saya pasti akan tewas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home