mari mengarang

Sunday, December 25, 2005

novel sayembara selesai

Akhirnya komputer saya yang rosak berjaya diperbaiki. Dalam masa tiga hari, saya bertungkus lumus cuba menyudahkan manuskrip untuk sayembara DBP. Ada kalanya saya berasa tak larat dah, dah berasa hendak tarik diri sahaja. Tetapi memikirkan saya sudah terlanjur jauh dan prinsib hidup yang tidak gemar mengaku kalah serta buat kerja separuh jalan, saya tabahkan hati. Kepala pening, mata kelabu dan badan sakit-sakit dibuatnya. Anak-anak yg bimbang kesihatan saya dan simpati pada saya yang bekerja keras asyik meninjau ke bilik bertanyakan masih banyakkah lagi yang belum selesai. Saya katakan pada mereka, ibu sudah selesai dan sudah sampai ke garisan penaman, cuma ibu perlu menyemak dan menyemak. Setiap ejaan yang salah dan tatabahasa yang kurang baik, perlu diperbetulkan sebelum ianya dipos dan sampai ke meja juri. JIka ianya bukan pertandingan sekali pun semua itu amat penting dan mesti tidak boleh diambil mudah, ini kan pula sayembara yang melibatkan pakar2 bahasa DBP. Takut juga saya. Kini saya sudah selesai print out & masih ada 1 hari lagi untuk saya membaca manu skrip yang sudah siap dibiding. Selepas ini, terserah juri dan penilai. Kalah atau menang, tidak penting lagi, yang mustahak kerja saya selesai. Tanggung jawab pada minat dan kepuasan sudah terlaksana. Jika berjaya, syukur alhamdulillah, itu rezeki anak-anak yang banyak memberi dorongan dan perangsang, jika sebaliknya, saya akan terus berusaha selagi masih ada ruang untuk berkarya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home