mari mengarang

Wednesday, August 30, 2006

KEMERDEKAAN & 2006

SELAMAT HARI MERDEKA
MEREKA! MERDEKA! MERDEKA! Itulah laungan hikmat setiap menjelangnya 31 ogos. Bendera dikibar di sana sini. Media elektronik menyiarkan lagu merdeka dan menyebut2 tentang semangat kemerdekaan. Itulah fenomena saban tahun dan begitu dinanti2kan. Namun... sedikit sedih tahun ini. Tidak banyak kenderaan mengebarkan bendera didepan mahu pun belakang kenderaan mereka. Rumah2 dan premis juga tidak semarak dulu2. Malah beberapa hari sebelum detik bersejarah itu, rancangan t.v dan radio lebih cenderung menyiarkan sokik penyanyi pujaan ramai. Seakan cereka mereka berlumba2 dgn semangat kemerdekaan yang sepatutnya ditiupkan saban waktu. Maaf jika saya keterlaluan. Tapi terus terang, saya turut terpanggil menonton ke dua2 rancangan sensasi itu, almaklum rancangan yg paling hangat dan riuh diperkatakan. M & I serta S & D. Hebat. Itu rezeki mereka, cerlang di lapangan hiburan. Tahniah dan syukur kepada Allah yang memberi rezeki berlimpah ruang.

Satu lagi yang menyedihkan dan saban tahun berlaku adalah merdeka di kaca mata ramaja merdeka. Di malam kemerdekaan, hampir semua remaja berkeliaran mencari erti kemerdekaan di luar, bandar raya sesak dengan remaja yg hala tuju kehidupan mereka agak kabur. Maka di sana sini berlaku kemalangan jalan raya akibat alkohol & dadah. Ada yang jatuh & cedera sendiri, ada juga yg mencederakan orang lain yang tidak bersalah. Hari ini sahaja di hospital, sewaktu saya bertugas di dewan bedah, hampir kesemua kes yang dirujuk utk pembedahan adalah kes kemalangan dan alkohol. Apabila ditanya, apakah kamu mabuk? dengan bangga mereka mengangguk. 'YA'. Saya tanya kenapa kamu ambil alkohol, (bukan tugas saya menyiasat tetapi sudah memang lazim hidup saya yg ingin tahu) jawapan mereka "Saja... malam tadi kan merdeka?"
Wah... hebat bangat jawapan itu. Terdiam saya seketika.
Jauh di hati kecil saya, menangis sendiri mengenang jenerasi kini. remaja sekitar 16 ke 25 tahun ini begitu penting pada negara tetapi paling ligat pula menempah kecelakaan sendiri. Dan mereka nyata sekali belum mengerti erti kemerdekaan yang sebenar. Siapakah yang bersalah? Ibu bapa? Pemimpin dan Penegak undang-undang? Kemajuan? Pusat2 Hiburan? Penjual barang2 tidak bermoral ini atau memang sudah takdir anak-anak ini jadi begitu. Wallahualam, senung2kan lah.
Tahun depan genap 50 tahun kemerdekaan negara, minta2 rakyat semakin celik dan semakin matang. Insyaalah.