mari mengarang

Saturday, December 02, 2006

Al-Arqam lagi?

Memabaca cerita berkenaan ajaran sesat al-arqam, saya teringat zaman remaja saya (persekolahan) sekitar tahun 1981-82. Waktu itu saya di tingkatan 4 & 5. Punyalah hebat saya di sekolah? Di tingkatan 4 masih memakai skirt paras lutut lagi. almaklum waktu itu tidak ramai yang mengenakan tudung litup dan barang siapa yang memakai tunung kepala litup sampai ke pusat akan dikatakan ajaran sesat! Ya Allah... kolot kan? Tapi apa boleh buat, Islam sudah ujud lama tapi penganutnya kurang peka. SAya kesal dan insaf dan bertaubat. Mudah2an Allah menerima taubat hambaNya ini. Insyaallah...

Kembali kepada cerita al-arqam. Sewaktu saya di tingkatan 4, datang seorang guru beserban, tidak berjubah. Baru ditukarkan. Mulanya kami menyangka beliau haji. Tapi sewaktu memperkenalkan diri, tidak pula ada perkataan haji di awalan namanya. Pun begitu agak pelik sikit cara lilitan serbannya. Kami tidak juga bertanya. Sehari kesehari guru lelaki itu mula membuat perubahan untuk kelasnya dan sekolah kami. Mula2 aturan bilik darjah ditukar, murid lelaki didepan dan perempuan belakang. tidak lagi mengikut aturan murid yang perlukan pemerhatian lebih dari guru seperti sebelumnya. Dan... semua murid merempuannya dipaksa mengenakan tudung putih menutup dada. Itulah pertama kali murid sekolah kami bertudung, ramai yang merugut panas dan tidak selesa, almaklum sekolah kampung, tak ada kipas.
Surau diujudkan, dihias cantik dan usrah diadakah setiap hari Khamis - petang, lepas kelas. Bagi murid dibawah pengawasannya diwajibkan, tetapi kami dari kelas2 lain, dialu-alukan. Usrah diadakan di surau kecil itu. Meski sempit tapi kami seronok. Selain guru tu hensem..., dia baik. Bijak memancing hati kami. Setiap kemusykilan dijawabnya dengan tenang, jika dia kurang arif, dijanjikan ke hari lain. Beliau tidak pernah mungkir janji. Bijak sungguh. Sikap kepimpinan yg ada padanya cukup membanggakan.
Waktu itu kami tidakmenyedari dan tidak ada yang mengetahui beliau anggota al-arqam. Kami menyangka ajarannya benar dan betul kerana tidak ada yang menyeleweng sama sekali. Puasa - wajib, solat - wajib, begitu juga zakat fitrah dan haji. Apa yang paling peting dan ditekankan saban hari adalah pakaian dan aurat. Pergaulan lelaki dan perempuan disekat sepenuhnya. Murid perempuan tidak dibenar menjalankan aktiviti di padang jika guru sukan adalah lelaki (Itu benar). Terus terang saya katakan, beliaulah yang menyedarkan saya betapa menutup aurat itu wajib. Saya juga semakin takut meninggal atau melengah2kan solat. Saya mula mengganti solat yang mungkin pernah saya abaikan. Di situ guru itu berjaya..., saya berterima kasih padanya.
Sehinggalah saya meninggalkan sekolah (SPM), beliau masih guru di situ dan mengajar dengan baik sekali. Dunia dan akhirat seiring dan seimbang. Akhirnya saya mendengar beliau berkahwin dgn murid senior saya, (tua setahun). Yang menyedihkan, beliau melarang isterinya menyambung pelajaran, mahupun bekerja. Sikapnya itu melunturkan rasa hormat dan kagum saya padanya.
Moral kepada pengalaman saya ini, betapa bijaknya mereka memancing perasaan khalayak, lebih2 lagi murid sekolah. Betul seperti prinsib mereka, 'umpama menarik rambut di dalam tepung.' PErlahan2 & berhati2 sehingga mangsa benar2 alpa, akhirnya taksub hingga sesat. Bapa saudara saya meninggalkan menara gading sebelum sempat menggenggam ijazah akibat ajaran ini. Beliau sentiasa cemerlang di sekolah dan bercita2 mahu menjadi doktor, akhirnya sekarang menjadi penjual buku di kaki lima. Itu kerana beliau mahu berdakwah sepenuh masa dan bekerja dengan kumpulan mereka. Beliau mempunyai 2 isteri dan anak berbelas orang. 2 isterinya dikumpul dalam satu rumah. anak2 membesar dalam suasana keluarga besar itu. Kesian, kan?
Jadi, saya berharap kepada pengikut2 al-arqam, insaflah. Kita punya fikiran, fikirkan buruk & baiknya. Yg baik ikut, yang buruk tinggalkan. Tidak semua ajaran mereka itu salah..., tapi jika ilmu panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Jika anda kurang berilmu dan baru belajar agama, carilah guru yang benar2 bertauliah, ditauliahkan oleh kerajaan....