mari mengarang

Sunday, February 25, 2007

Sayembara Jubli emas DBP

Berakhirlah sudah majlis penyampaian hadiah pertandingan mengarang sempena Jubli Emas DBP yang berlangsung Jumaat lalu (23Feb 2007) yang bermula jam 2.30 petang.

Buat pertama kalinya saya menghadiri majlis sebegitu, sejak berkecimpung di arina penulisan. Sewaktu kaki melangkah masuk, hati saya masih cemas dan rasa tidak percaya apakah benar nama saya tersenarai. Di meja penyambut tetamu, saya dipanggil untuk menandatangan borang kehadiran. RAMLAH RASHID - NOVEL REMAJA. Saya pun menandatangi di hujung nama saya dan saya diberi sebuah buku cenderahati. Saya masih ragu2, apakah mungkin ada penulis yang namanya serupa saya? Pengiring saya (anak lelaki), bersuara. "Bukalah, mesti ada nama ibu di dalam." Saya hanya senyum, rasa malu pada dia jika bukan saya yang dimaksudkan. Di meja tetamu di dalam, saya terus ternampak Nisah Haron. Meski kami tidaklah serapat mana namun saya jelas wajahnya (mungkin dia tidak mengenali saya) tapi saya beranikan diri menegurnya, (maklum hanya dia yang saya kenali). "Boleh duduk di mana2 ke?" Saya bercadang mahu duduk semeja dengannya. Dia senyum, katanya "Pemenang kat sebelah sana." "Tapi saya tak tahu saya nombor berapa." "Boleh tengok kat dalam buku tu, nama awak ada kat dalam." dia masih senyum.

Saya membuka dengan terketar-ketar. Halaman pemenang Novel Remaja 2006 terbentang. Tiada pun nama saya? Malunya.... Muka saya berubah pastinya. Anak lelaki saya menyelak sehalaman lagi. "Ni!" kuat suaranya menunjuk ke arah gambar saya. Akh.... syukur alhamdulillah, meski di halaman hadiah saguhati namun masih tertera nama Ramlah Rashid. Seorang wanita kecil, kedudukannya juga kecil di kalangan penulis2 besar sekalian. Dalam kegembiraan, saya disapa seorang petugas wanita, 'Puan pemenang ke?" saya mengangguk "saguhati" gumam saya terasa malu dipanggil pemenang. "Saguhati juga dipanggil pemenang, mari ikut saya." Rasa panas lopak mata saya mendengar kenyataannya, mana mungkin saya dipanggil pemenang novel sastera sedangkan saya penulis novel popular yang juga dipanggil pecisan oleh sesetengah orang. "Tahniah ibu." Anak lelaki saya mungkin terdengar suara hati saya meski tidak saya ucapkan di bibir. Dia cukup mengenali saya. Saya mengangguk dan mengambil tempat.

Duduk dua minit, saya disapa seorang penulis, pemenang saguhati skrip drama pentas 'Walai'. Rasanya nama itu sering saya dengar tapi di mana ya? Gumam saya sendiri. Dia ramah, kami bersalaman dan turut mengucap tahniah pada saya. Saya juga mengucapkan perkataan yang sama.

Selesai ucapan ringkas oleh pengarah DBP, diikuti bacaan doa, majlis bermula dengan penyerahan hadiah bagi pemenang dan saguhati ketegori sajak diikuti cerpen dan tiba masa saya bersiap sedia. Novel Remaja - Nama pertama dipanggil ialah Osman Ayob, diikuti saya Ramlah Rashid. Entah kenapa saya rasa gugup yang teramat, mungkin pertama kali bersua dan bersalaman dengan SN A. SAMAD SAID. Terasa kecil benar diri ini. Sewaktu saya menerima Anugerah Khidmat Cemerlang di tempat kerja tahun lepas, tidak sepanik itu. Entah kenapa saya rasa terharu sangat. Mungkin kerana saya tidak yakin diri saya dan hingga saat ini saya masih berasa kurang percaya.

Kesimpulannya, hadiah itu adalah rezeki semata2. Saya tidak menemui sebarang keistimewaan dari manuskrip novel saya 'JERIJI KASIH.' Benar kata orang, jika sudah menjadi rezeki kita, para juri akan terpandangkannya meski beratus lagi manuskrip di meja penilai. Syukur alhamdulillah. Pun begitu, selain rezeki, saya menganggapnya pemangkin untuk saya terus serius menulis. Novel popular juga akan saya sasterakan. Insyaalah...

p/s untuk liputan meluas dan padat anda disyorkan masuk ke blog www.nisah haron.blogspot.com.my, di sana lengkap beserta gambar.

Wednesday, February 21, 2007

SAYEMBARA NOVEL DBP

Esok 23.Feb 07 merupakan hari penyampaian hadiah bagi pemenang2 SAYEMBARA JUBLI EMAS DBP 07. Ayuh beramai2 kita meriahkan majlis itu di dewan bankuet DBP. Insyaallah saya akan berada di sana seawal jam 2.30 petang.

Thursday, February 15, 2007

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

HARI ISNIN YANG BARU LALU SAYA MENERIMA SEPUCUK SURAT DARI DBP. KATA DALAM SURAT TERSEBUT, NOVEL SAYA JERIJI KASIH MEMENANGI SALAH SATU HADIAH (SAYEMBARA MENULIS NOVEL SEMPENA JUBLI EMAS DBP). APA YANG MERAGUKAN SAYA, SAYA LANGSUNG TIDAK TERFIKIR UNTUK MENANG. SEDIKIT RASA SANGSI SAMA ADA BENAR ATAU TIDAK NOVEL SAYA YANG DIMAKSUDKAN. MAKA SAYA MENGHUBUNGI PIHAK DBP, JELAS KATANYA BENAR NAMA DAN SURAT ITU UNTUK SAYA. BILA SAYA TANYA NOMBOR BERAPA SAYA, DIA HANYA TERTAWA DAN TIDAK MAHU MENYEBUTNYA, SAYA SEMAKIN CEMAS. RASA SANGSI MASIH MENYELUBUNGI SAYA. APAKAH BENAR SAYA MENANG? SIAPALAH SAYA UNTUK MEMENANGINYA NAMUN MASIH BERHARAP JUGA UNTUK MENANG.

Wednesday, February 07, 2007

masalah... masalah

hai. entah apa jadi pada blog saya. lebih seminggu saya cuba masuk untuk menulis sesuatu tapi entah kenapa susah sangat nak buka kunci. asyik2 password salah. rasanya saya tidak pelupa soal beberapa nombor rahsia tu, tapi entahlah.... sudah dikey in berkali2 pun katanya salah lagi. baru ini boleh buka. komputer yang dianggap tercanggih ni pun rupa2nya ada masalah juga. Waallahualam....